Saturday, May 26, 2012

CUBAAN RAMPAS KUASA!!!

Apakah sebenarnya yang Bersih 3.0 mahukan? Adakah gerakan memulakan keganasan untuk Merampas Kuasa melalui DEMOKRASI KEGANASAN?

Demokrasi aman tidak menyakinkan Pakatan Pembangkang memenangi PRU13? Mungkin dengan Demokrasi Keganasaan dan melalui rampasan kuasa Pakatan Pembangkang boleh memerintah?

Seringkali kita dengarkan bahawa Pemimpin Pakatan Pembangkang melaungkan mereka akan menakluki Putrajaya! Tapi sebenarnya mereka hanya SPIN atau pun mengujudkan PERSEPSI kononya rakyat menyokong mereka. Hakikatnya mereka pun tidak yakin mereka boleh menang.

Jadi, melalui gerakan memulakan rusuhan mungkin bagi mereka boleh meraih simpati rakyat.

Hakikatnya! Rakyat Malaysia sudah pandai dan sudah belajar dari kesilapan pada PRU12 lepas!

Rakyat Malaysia majoritinya sudah tidak pandang kebelakang lagi. Mereka yakin hanya BN yang mampu mentadbir Negara. Hanya BN yang mampu tunai janji!
Kome Sokmo
Administrator

1 comment:

  1. Akhir akhir ini kita lihat PR semakin yakin menguasai Putrajaya tatapi dengan cara apa? Itu menjadi persoalan sekarang.

    PR dengan kerjasama pihak pihak luar sedang mengatur rampasan kuasa sebaik saja selepas PRU13 di mana mereka di jangka kalah teruk.

    Dengan pertuduhan bahawa PRU13 tidak bersih umpama mengatakan : Kan kami dah bagitau di Bersih 3.0 bahawa Pilihanraya tak bersih!

    Oleh itu negara, rakyat dan puak BN mestilah bersedia untuk menghadapi kemungkinan ini walau di jangkakan kebangkitan itu tidaklah seberapa tetapi persediaan yang rapi pasti dapat memadamkan anak api yang cuba di semarakkan.

    Diharapkan persediaan selepas PRU13 mesti di buat oleh semua pihak walau Polis dan tentera sekalipun.

    ReplyDelete