Friday, December 20, 2013

Sdr @razlanrafii KP UMNO Wilayah Persekutuan Menyelar Wee Ka Siong Yg Bersikap Populis. @najibrazak @muhyiddinyassin @zahid_hamidi @hishamuddinH2O @khairikj @azwanbro

19 Disember 2013

KENYATAAN MEDIA
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Respon Balas Kenyataan Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong

"Berhenti daripada menakut-nakutkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO mengancam kedudukan kaum lain di Malaysia. Kenyataan populis sebegini tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin MCA."

Kenyataan balas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii ini merujuk kepada ucapan oleh Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong semasa berucap pada Kongres Pemuda MCA hari ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan UMNO (pemimpin UMNO) dan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional (BN) supaya berhati-hati semasa mengeluarkan ucapan atau idea yang boleh menyebabkan sokongan pengundi-pengundi Cina hilang pada Pilihanraya Umum nanti.

Mohd Razlan mengingatkan juga Wee Ka Siong supaya mempelajari ilmu politik yang matang daripada termakan rentak tarian politik seperti DAP.

"Pemuda MCA harus melihat apa yang telah UMNO lakukan selama ini dengan memperjuangkan nasib semua kaum. Tiada satu pun nasib kaum di Malaysia ini yang tersisih daripada pandangan mata UMNO. Hasil ambil peduli UMNO selepas Merdeka sehingga hari ini, banyak kaum bukan Melayu telah mendapat manfaat daripada perjuangan UMNO sehingga melahirkan pelbagai orang bergelar jutawan."

"Tambahan pula MCA sendiri perlu keluar daripada kepompong syok sendiri dan zon selesa," katanya.

Beliau terkilan apabila hari ini MCA seakan-akan cuba mencari populariti daripada prestasi merosot BN pada PRU 13 yang lepas sedangkan umum mengetahui UMNO berjaya menambah banyak kerusi berbanding PRU 12 pada 2008.

"MCA wajib bermuhasabah diri dan berhenti melihat UMNO sebagai ancaman kepada kaum lain." 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Kome Sokmo

FB        : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Wednesday, December 18, 2013

#Tol Naik Di Selangor!!! Kerajaan Selangor Yg Di Kuasai Oleh Cina DAP Pemegang Saham Konsesi Tol Selangor. @najibrazak @khairykj @umbkl @umnoonline

Tol naik hanya melibatkan konsesi tol yang berada hanya dalam bumi Selangor yang mana di miliki konsesi konsesi tol ini oleh kerajaan negeri melalui perolehan royalty yang akhirnya masuk ke kantung poket kerajaan negeri Selangor melalui penguasaan parti bangsa cina pendatang DAP.

PLUS Utara Selatan dah pun keluarkan kenyataan tak terlibat dengan kenaikan dalam bumi selangor walaupun jalurnya PLUS ni ada melalui sebahagian besarnya dalam bumi Selangor.

Maknanya bukan semua tol terlibat melainkan HANYA TOL DALAM BUMI SELANGOR YG DI KUASAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

Jadi inilah masanya peluang Pakatan Rakyat membuktikan pada rakyat yang jika mereka memang kalau ingin membela nasib rakyat maka eloklah kerajaan negeri Dap Selangor MENYERAP ABSORB kenaikan ini melalui cara membayar pampasan kepada konsesi konsesi ini agar pengguna dapat lagi menikmati harga lama dan tidak perlu bayar toll pada kadar baru. Ini cuma cadangan kami.

Kalau betul betul ikhlas seperti mana yang Rafizi Ramli selalu cakap dalam parlimen..'BUAT KEPUTUSAN DEMI RAKYAT'.

Inilah masanya kami kata LET'S SEE SAMADA PAKATAN RAKYAT WALK THE TALK.

Boleh gitew.....?

Berikut di bawah adalah senarai tol tol yang terlibat dengan kenaikan dan TIADA LANGSUNG TOL TOL NEGERI LAIN TERLIBAT TERMASUK PLUS. Semuanya dalam bumi Selangor.

Only In Selangor.

LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50

PANTAI RM1.50 TO RM2.50

  RM1.00 TO RM1.50

KIARA RM2.00 TO RM3.00

LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00

So walk the talk ok Pakatan?? Kami tunggu respon.

Sunday, December 15, 2013

DS @najibrazak Cadang Dua Cara Tingkat Perjuangan Bagi Keamanan Dan Kestabilan

TOKYO, 14 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mencadangkan dua cara bagi usahasama strategik Asean Jepun untuk meningkatkan perjuangan bagi keamanan dan kestabilan di rantau ini dan ia termasuk usaha memperkukuh pendekatan berasaskan peraturan bagi menguruskan hubungan antara negara di rantau ini.Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun sempena ulang tahun ke-40 hubungan Dialog Asean-Jepun di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata pengukuhan peraturan dan norma akan membolehkan ketelusan dan ramalan yang dapat menggalakkan kepercayaan strategik.Najib mengemukakan cadangan itu serta perkara-perkara penting lain dalam intervensi beliau pada sidang kemuncak itu yang dihadiri Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan pemimpin-pemimpin lain Asean."Saya menyentuh mengenai kepentingan pembinaan institusi untuk memperkukuhkan Asean…anda perlu perkukuh ini…berasaskan peraturan dan ini termasuk peraturan undang-undang…ini perlu menjadi asas dalam penyelesaian masalah dalam Asean," kata Najib, yang berada di sini sejak Khamis bagi lawatan kerja sempena sidang kemuncak sehari itu.

Najib berkata beliau turut mencadangkan agar usahasama antara Asean dan Jepun perlu diperluaskan lagi daripada sekadar membabitkan perkara kepentingan bersama."Saya menyentuh mengenai perlunya untuk kita melihat kepada nilai-nilai bersama, bukan hanya kepentingan bersama," katanya.Najib berkata untuk berbuat demikian, mereka perlu terlebih dahulu mengenal pasti nilai-nilai berkenaan, dan menurutnya beliau percaya kesederhanaan adalah satu daripada contoh nilai itu.Perdana Menteri Malaysia berkata beliau juga menyentuh mengenai Doktrin Fukuda dengan beliau mengimbas semula sejarah doktrin itu."Hakikat kerajaan Jepun berikutnya terus komited dengan komitmen dibuat oleh Fukuda pada ketika orang tidak dapat membayangkan bahawa Asean akan muncul sebagai satu kuasa seperti hari ini…hari ini Jepun merupakan rakan dialog pertama dan banyak menyumbang kepada pertumbuhan Asean. Itu sendiri amat penting," katanya.Doktrin Fukuda, berasaskan ikrar dibuat Perdana Menteri Jepun ketika itu Takeo Fukuda, telah menjadi kerangka rasmi dasar luar Jepun terhadap Asia Tenggara sejak 1977.Dalam ikrarnya kepada pemimpin dan rakyat Asean pada Ogos 1977 di Manila, beliau antara lain mengikrarkan bahawa Jepun akan sentiasa menjadi rakan kongsi baik Asean, berjalan seiringan dengan perkumpulan serantau itu dan rantau ini.Najib berkata beliau turut menyentuh mengenai rancangan Jepun untuk menjadikan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) sebagai hab pendidikan teknologi bagi Asean serta tawaran Jepun untuk memberi biasiswa kepada pelajar Asean. – MediaUMNO

Friday, December 13, 2013

Petronas Di Jajah! Agenda Memperkasakan Melayu Di Abaikan. Di Harap PM DS @najibrazak Memantau Hala Tuju GLC Ini Yang Sudah Terpesong! DS Reezal Merican Ahli Parlimen Kepala Batas Bersama Penduduk Membantah Petronas Bertam Kepala Batas Yang Mahu Menukar Kepada Bahasa Cina.

Kome merasa sedih apabila melihat makin lama semakin Melayu terus terusan di tindas.

Pengeluar amat-amat berkuasa hinggakan majoriti kuasa pembeli (Melayu) seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa.

Kerajaan juga seolah-olah tidak mampu membela orang Melayu.

Kebanyakannya berpunca dari orang Melayu sendiri yang tidak mempercayai bangsanya sendiri.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin melayu juga telah di gula-gulakan tanpa mereka sedari bahawa bangsanya sendiri pelahan lahan di kuasai hinggakan anak cucunya merempat di tanah sendiri.

Menang sorak kampung tergadai!

Buatlah sesuatu wahai orang-orang Melayu! Ingat!!! Orang Melayu bumiputera merangkumi 67% penduduk Malaysia!

Bersatulah...........

Pinggirkan pemimpin yang tamakkan kuasa hinggakan Agamanya, Bangsanya, Negaranya di pertaruhkan.

Friday, December 6, 2013

#Kemalangan Di Susur Keluar Port Dickson Membabitkan Kereta Mewah!

061213

Kemalangan di susur keluar highway Port Dickson membabitkan 3 buah kereta mewah.

Di fahamkan kemalangan berlaku pagi tadi. Kereta-kereta tersebut bernombor pendaftaran Singapura.

Kome Sokmo

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Thursday, November 28, 2013

Lori Tanker Terbakar! Kemalangan Di Lebuhraya DUKE!!

Kemalangan membabitkan lori Tanker berlaku di Lebuhraya DUKE.

Keadaan lalulintas sesak. Semua kenderaan di arahkan berpusing balik oleh trafik yang mengawal di situ.

Kome Sokmo

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Monday, November 25, 2013

"SAY NO TO KARAK" Bikers Berkabung 3 Bulan!

Bermula Dec 2013 hingga Feb 2014 Bikers berkabung utk tidak ride di Karak Highway!

Mereka berkabung bagi menghormati salah seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yg kemalangan pada pagi semalam 25/11/13 di lebuh raya karak.

Kemalangan itu disebabkan oleh unsur-unsur jahat iblis bertopengkan manusia yg mencurahkan minyak d jalan. Ini mengakibatkan jalan licin.

Kome kebetulan melalui jalan tersebut dari KL ke Kuantan. Dalam pukul 10.30am kome melewati tempat kejadian. Pada waktu itu api masih lg marak membakar motorsikal tersebut dan mangsa masih terbaring.

Kome harap pihak berkuasa dapatlah menyiasat dan membuat pemantauan bagi membendung unsur-unsur jahat ini dapat di benteras sepenuhnya!
Kome Sokmo

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Thursday, November 14, 2013

PAS Suka Kata #UMNO Tapi Sebenarnya #PAS Lebih Teruk Dari Itu. KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO SEPUTEH @Razlanrafii #KomeSokmo @Najibrazak @Khairykj

FOR IMMEDIATE RELEASE
PRESS STATEMENT
MOHD RAZLAN RAFII 

Permilihan ketua dewan pemuda PAS amat jijik!

Nasaruddin Tantawi tidak mempertahankan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, sebaliknya membiarkan anak-anak buahnya memilih pilihan ketua mereka.


Apapun, disebalik insiden menyamakan anjing dengan salah seorang daripada calon ketua amat memalukan dan jijik.

Sehinggakan Nasaruddin yang memegang jawatan ketua sebelum ini mengeluarkan kenyataan "Macai" dan ketinggalan zaman terhadap permilihan yang sedang berlansung.
Pandangan ikhlas saya, kelahiran Kepimpinan Pemuda PAS hari ini seharusnya diletakkan di bahu Nasaruddin.

Beliau yang merupakan bekas ketua pemuda melahirkan kekecewaan terhadap anak buah beliau sendiri walhal pemuda yang lahir hari ini adalah tanggunjawab beliau.

Pemuda PAS hari ini tidak mencerminkan perjuangan mereka apabila sanggup menyamakan rakan mereka sendiri sebagai anjing.

Nasaruddin yang bersama Dewan ini selama 28 tahun mengakui tidak pernah melihat kempen seburuk ini.

Kenyataan ini sebenarnya jelas menempelak diri beliau sendiri dimana beliau lah yang melahirkan kepimpinan yang tidak mempunyai akhlak yang baik.

Pemuda PAS hari ini dipenuhi dengan mereka yang sifat rakus mencari kuasa demi megejar kekayaan dunia.

Saya suka nak memberi ingatan kepada Pemuda PAS ! Jangan lagi kamu mencemuh dan menuduh pemuda UMNO dengan pelbagai tuduhan.

Ini lah balasan Allah kepada institusi kamu secara jelas apabila kamu semua diaanggap sebagai Macai oleh ketua kamu sendiri!

Saya percaya, masyarakat hari ini sedang menilai dan memerhati insiden-insiden permilihan baik semasa permilihan UMNO dan PAS yang sedang berlansung.

Dan saya percaya, apa yang di gambarkan oleh PAS yang selama ini melabelkan diri mereka sebagai Islam tidak seperti yang diperlakukan. Demi merebut jawatan dan kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun ianya melibatkan fitnah dan sanggup mengelar Anjing terhadap ahli mereka sendiri.

Ini tidak termasuk politik wang yang digambarkan digunakan semasa permilihan kali ini.

Sudah tentunya siapa sahaja yang dipilih kali ini adalah ketua yang tidak berkualiti kerana kemenangan mereka mengunakan fitnah dan cela mencela.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Timbalan Pengerusi UMB Pemuda UMNO Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh.
Kome Sokmo

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Monday, July 22, 2013

Kilang Haram Terbakar Membahayakan Keselamatan Penduduk Di Sekitar Setapak

Ahad 21/07/13

Kira2 jam 1500 anggota bomba bergegas ketempat kejadian setelah mendapat panggilan.

Memandangkan kilang2 tersebut adalah kilang2 yang di dirikan secara haram dan juga berada di bawah pencawang elektrik TNB makan kerja2 menyelamat menjadi sukar.

Tiadanya tekanan air yang kuat dan susur masuk kenderaan yang baik utk kereta bomba masuk. ianya menyukarkan pihak penyelamat untuk menjalankan tugas mereka.

Saturday, May 18, 2013

Pakatan Pembangkang & Fitnah Tak Dapat Di Pisahkan....Kalau Di Pisahkan Hancurlah Pakatan! @najibrazak @muhyiddinyassin @zahid_hamidi @khairykj @umbkl @umbwangsamaju @ibn_firnas @brozam

Fitnah dan pembohongan mana bole di pisahkan dgn Pakatan Pembangkang!

Kepala dia asal buka mulut aje....BOHONG!

Nak tawan Malaysia dgn cara demokrasi dan halal tak bole. Oleh itu ikut pintu belakang lah jawabnya.

Cara yang terbaik adalah dgn berbohong! Rakyat yg lurus dan bodoh akan termakan gula2 racun mereka!

KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Panas!! @anwaribrahim Angkat Sumpah Sbg #perdanamenteri???? @najibrazak @zahid_hamidi @umbkl @umbwangsamaju @khairykj @muhyiddinyassin

Setelah kejayaan menghuru harakan Sabah khususnya dan Malaysia amnya. Akhirnya AnuWAR d lantik sebagai Perdana Menteri Sulu.

Tahniah lah. Lepas ni puak2 pencacai pakatan pembangkang berebut lah harta karun yg mrk idamkan selama ini.


KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Wednesday, April 10, 2013

Pelakon Handalan Malaya!!!!

Tak siapa pun sehebat manusia spt ini. P.Ramlee kalau masih hidup lagi pasti menangis kalo jumpa manusia mcm ini.

*** Jgn mudah tertipu dgn manusia sesumpah ini. UNDILAH BARISAN NASIONAL!!!

Tuesday, April 9, 2013

Solat Hajat Mendoakan Agar BN Menang Pd PRU13 Nanti. Amin... @umbkl @umbwangsamaju #umnowangsamaju #bnwangsamaju @najibrazak @khairykj

Penduduk di sekitar Masjid Saad Abi Wakas Batu 4 bersama-sama YBhg Dato Shafei mengadakan solat hajat memohon kpd Allah SWT agar BN Wangsa Maju memenangi PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Amin. Insyaallah

KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Hidup BN !!! Demi Mempertahankan Agama, Bangsa & Negara Sanggup Buat Apa Sahaja!!!

KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Wednesday, March 27, 2013

Kome Sokmo Sokong BN!!!

Moh kita pakat ramai-ramai undi BN demi kelangsungan kejayaan Malaysia!

Jangan terpedaya janji manis pakatan pembangkang!

BN Janji DiTepati!

***Kome Sokmo berterima kasih kpd Kerajaan BN sedia ada!!!



KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Tuesday, March 26, 2013

Sepetang Dato Shafei Bersama Warga Emas Di PDM Gombak Selatan

Selasa 26/03/13

YBhg Dato Shafie meluangkan masa bersama warga tua untuk mendengar masalah masyarakat setempat.

Penduduk disini mengharapkan agar YBhg Dato Shafei menjadi calon BN P116 Parlimen Wangsa Maju pada PRU13.

Mereka menyokong sepenuhnya kepimpinan YBhg Dato Shafei dan yakin BN kembali menerajui Parlimen Wangsa Maju.


***Komo sokong Dato Shafei dan BN!!!

Undilah Barisan Nasional!


KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Friday, March 15, 2013

Penyampaian Sumbangan KAR1SMA Di Section 4 Wangsa Maju

Khamis 14/03/13

Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju melalui Naib Ketua UMNO Bahagian Tuan Hj Hamdan Yusuf menyampaikan sumbangan bantuan KAR1SMA kepada penduduk Section 4 Wangsa Maju.

Barisan Nasional sentiasa memikirkan kebajikan rakyat!

*** moh kita ramai2 weh ngundi BN!!!
KITA RAMPAS KEMBALI P116 WANGSA MAJU KEMBALI KEPADA BARISAN NASIONAL!

KOME SOKMO

FB : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Berjiwa Rakyat : Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah Pilihan Rakyat Wangsa Maju.

Jumaat 15/03/13

Ybhg Dato Shafei bersarapan pagi bersama masyarakat PPR Batu Muda.

Sebahagian penduduk disini merupakan penduduk dari pemindahan setinggan Kg Puah Seberang Utara.

Walaupun sudah berpindah mereka masih mendapat pembelaan dari Pemimpin Barisan Nasional dan UMNO Wangsa Maju yg di terajui YBhg Dato Shafei sebagai Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Wangsa Maju.

***jom kita pakat ramai2 keluar mengundi BN!!!



KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Pak Turut!!! PAS & PKR Jadi Budak Suruhan DAP.

Tahniah DAP kerana telah berjaya di dalam agenda sulitnya mengDAPkan PAS & PKR menyokong agenda DAP menolak Malaysia sebagai Negara Islam.

Budak suruhan DAP takut untuk membantah tindakan DAP walaupun DAP menyentuh mengenai pengunaan nama Allah!!!


***Kome tetap tabik dgn UMNO yg konsisten dgn perjuangannya mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara!



KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Thursday, March 14, 2013

Lagi Janji Di Tepati!!!

Selasa 12/03/13

Majlis pecah tanah bagi pembinaan Perpustakaan 1Malaysia oleh YBM Dato Raja Nong Chik Menteri Wilayah Persekutuan siang tadi.

Perpustakaan Rakyat 1Malaysia ini akan di bina untuk kemudahan dan manfaat rakyat di sekitar Parlimen Wangsa Maju.

Turut hadir sama YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju. YBhg Dato Shafei nyata gembira dan berterima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan MRCB yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dengan membina kemudahan Perpustakaan ini.

***Janji Di Tepati!!!

KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Monday, March 11, 2013

Video PANAS Anwar AL-JUBURI!!! MARI RAMAI-RAMAI LIKE!


Apa akan jadi Malaysia bilamana Aljuburi dapat ke Putrajaya?

KOME SOKMO

FB : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

SI KITOL ZAMAN MODEN!!! Deepak Jaikishan!


Deepak Jaikishan Si Kitul Zaman Moden
1)    Deepak seorang penipu dan tidak amanah.

a)    Deepak menipu bank. Deepak Jaikishan, 40 tahun, adalah seorang ahli perniagaan yang bermasalah. Masih berhadapan dengan kes mahkamah bila didakwa menipu RM170 juta dengan Kuwait Finance House (KFH). Deepak juga gagal membayar ansuran bulanan pinjaman bank.

b)    Deepak bersubahat dengan pegawai bank untuk tipu pinjaman bank. Deepak didakwa berkomplot dengan pegawai tertinggi Kuwait Finance House untuk menipu pihak bank bagi meluluskan pinjaman RM170 juta. Bila konspirasi tersebut terbongkar maka KFH telah mengambil tindakan dengan memindahkan pegawai bank terbabit dan membekukan baki pinjaman yang dipohon oleh Deepak.



c)    Deepak tidak amanah pada syarikat keluarga. Syarikat karpet milik Deepak adalah Carpet Raya Sdn Bhd. Deepak mengambil alih perniagaan bapanya yang beralamat diNo. 245, Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras. Menggunakan profil syarikat milik keluarga sendiri untuk menipu pihak bank dan tidak amanah uruskan dana syarikat.

d)    Deepak membesarkan cerita hubungan dengan Datin Seri Rosmah. Datin Seri Rosmah Mansor hanya mengenali Deepak atas dasar pembeli dan peniaga. Namun setelah terperangkap dengan kes hutang, Deepak cuba membesarkan cerita bahawa kononnya beliau punyai hubungan yang rapat dengan Datin Seri Rosmah.

Ravi Dharan adalah operator Anwar Ibrahim di Indonesia.

2) Deepak diarah oleh Anwar Ibrahim untuk buat cerita propaganda.

a)    Deepak jumpa Anwar di rumah Ravi. Deepak tersepit dengan kes mahkamah dan hutang bernilai jutaan ringgit. Oleh itu, Deepak mulai berjumpa dengan Anwar Ibrahim atas bantuan Datuk Ravi Dharan (Chairman Daya Group Of Companies). Datuk Ravi Dharan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Deepak bila anak lelaki Ravi Dharan bertunang dengan sepupu isteri Deepak. 

b)    Ravi funder Anwar Ibrahim. Datuk Ravi Dharan pelobi & funder Anwar Ibrahim sejak Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan lagi. Ravi Dharan, 59 tahun, mendapat projek arang batu di Kalimantan. Ravi Dharan tersepit bila Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ketika 16 September 2008, Ravi Dharan adalah antara pelobi untuk berhubung dengan beberapa orang ahli parlimen bagi tujuan lompat parti. Malah ibu pejabat PKR yang pertama di Phileo Damansara (sehingga 2002) turut dibiayai oleh Ravi secara bulanan.

c)    Anwar bayar Deepak melalui Ravi?  Ravi Dharan sekarang memainkan peranan sama seperti Nallakarupan suatu ketika dahulu. Tidak mustahil Anwar Ibrahim membayar Deepak dengan sejumlah wang bagi melakukan propaganda untuk terus memburukan Datin Seri Rosmah dan Dato Seri Najib Razak.

d)    Anwar hantar Sivarasa sebagai peguam Deepak. Selepas berjumpa dengan Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah diarahkan membantu Deepak untuk menyelesaikan kesnya dengan Awan Megah (M) Sdn Bhd. Deepak menyaman Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah (Ketua Wanita Umno Selangor) dan syarikatnya, Awan Megah Sdn Bhd kerana dakwaan menipu dalam pembelian tanah seluas 223.33 ekar di Bukit Raja. Malaysiakini mula mulai memainkan peranan sebagai "hakim" dalam kes Awan Megah Sdn Bhd biarpun dianya masih dibawah siasatan mahkamah.


e)    Deepak beri kenyataan seperti yang disuruh oleh Anwar. Deepak mula membuat kenyataan secara terbuka mengikut skrip propaganda yang sudah dikarang oleh Anwar Ibrahim pada 27 November 2012 untuk memburukkan Datin Seri Rosmah. Deepak ke pejabat Harakahdaily untuk membacakan skrip yang sudah pun dirancang awal.

Analisa Deepak :
1)    Deepak memang seorang yang tidak boleh dipercayai. Menipu dan suka mengaitkan sesiapa sahaja sebagai rapat dalam hidupnya biarpun yang membeli karpet itu adalah seorang makcik daripada Permatang Pauh.
2)    Deepak ada rekod menipu. Deepak sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya daripada krisis hutang dengan bank.
3)    Deepak sudah digunakan untuk tujuan politik Anwar Ibrahim. Selepas ini Deepak akan digunakan sebagai puppet untuk Anwar Ibrahim terus menikam bertubi tubi Dato Seri Najib dengan tuduhan yang palsu, karut dan sengaja direka reka bagi tujuan propaganda murahan politik.
4)    Anwar Ibrahim memang suka mengambil orang orang yang karut seperti Nick Xenophone (Senator Gay), Dr Pronthip (Juru Bedah yang ada rekod menipu di Thailand) dan Deepak (Ahli Perniagaan Korup) untuk dijadikan sebagai ikon politiknya.
5)    Rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya, Deepak adalah sebahagian daripada askar upahan Anwar Ibrahim untuk porak perandakan negara. Umpama Kitul pada zaman Melaka.

Sememangnya elok direnung kembali sejarah Si Kitul yang direkodkan dalam Sejarah Melayu Melaka, sekarang Si Kitul menjelma dalam cara lain. Jelmaannya adalah Deepak.
Rasuah, nafsu, fitnah, dendam kesumat yang melanda pemerintahan Melaka pada ketika itu dengan watak utamanya dimainkan oleh Si Kitul akhirnya membawa kehancuran kepada kerajaan Melaka.
Inilah barah yang melapah kekuatan mana-mana masyarakat dan negara. Bukan sekadar negara kota seperti Melaka hancur berderai, bahkan empayar raksasa pun bisa roboh.
Menurut kata Sahibul Hikayat, pengarang Sejarah Melayu, Raja Mendeliar merupakan orang terkaya di Melaka dan beliau berbalah dengan Nina Sura Dewana iaitu penghulu segala saudagar Melaka.
Namun kerana peranan Si Kitul, akhirnya Raja Mendeliar percaya bahawa Nina Sura Dewana telah berpakat dengan bendahara untuk membunuh beliau. Apabila Raja Mendeliar mendengar cerita Si Kitul, maka beliau mengambil surat hutang Kitul dan mengoyakkannya dan berkata yang hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat.
Akibat hasutan dan fitnah Si Kitul, Raja Mendeliar memberikan hadiah emas kepada laksamana dan meminta laksamana menyampaikan kepada sultan bahawa bendahara cuba untuk menderhaka.
Sultan, apabila disembahkan oleh laksamana mengenai penderhakaan bendahara terus membuat keputusan tanpa usul periksa dengan membunuh bendahara dan keluarganya kecuali Tun Fatimah.
Moral cerita berkenaan cukup jelas. Jangan percaya dengan Si Kitul zaman moden. Kerana tersepit dengan hutang Kitul sanggup porak perandakan negara.

Sunday, March 10, 2013

Kemana Tumpahnya Kuah Kalo Tak Ke Nasi....

Jiwa seorang pemimpin berjiwa rakyat Allahyarham Tun Razak mengalir ke Anakndanya Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.

Setiap hari turun padang bertemu rakyat. Mendengar denyut nadi rakyat. Menyelami kepayahan hidup rakyat. Merasai kehidupan harian rakyat biasa.

Pemimpin mcm mana Pakatan Pembangkang hendak berikan kepada rakyat? Anwar? Fikir-fikirkan lah sebaik-baiknya!

Kelak merana. Bila sudah terjadi! Menangis air mata darah sekalipun tidak berguna lagi!

*** DS Najib menikmati pasembor bersama rakyat.


KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : komesokmo

Mewahnya Pakatan Pembangkang!!! Mana Dapat Duit??? Boleh Kasi Tau tak?

Kalau berceramah bohong rakyat kononnya mereka tiada wang! Kalau berceramah kutip derma kononnya jihad. Tp kemana duit itu pergi?

Yang bodoh sangat cai cai Pakatan Pembangkang tu kenapa? Hati dah tertutup oleh Allah S.W.T utk melihat kebenaran?

Gunalah akal fikiran. Buatlah kerja sikit utk mengetahui kebenarannya!


KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : komesokmo

Wednesday, March 6, 2013

Harapan Rakyat!!! Dulu Kini & Selamanya.....



Rakyat bergantung harap kepada Barisan Nasional!

Barisan Nasional Janji Di Tepati!!!

Pemuda UMNO & BN Wangsa Maju siap sedia memasang bendera harapan Rakyat Malaysia!

Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!



KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : komesokmo

Tuesday, March 5, 2013

Bendera Malaysia Di Bakar!!! Di Hadapan Kedutaan Malaysia Di Manila!


Rakyat mereka yg menceroboh tp bendera Malaysia yang di bakar!

Siapakah dalang yang mengupah mereka ini utk berdemo dan membakar bendera berdaulat Malaysia ini?

Ada orang suka memburukkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional semata-mata nak meraih simpati untuk PRU13 nanti.

Demi cita-cita tamak nak berkuasa mereka ini sanggup buat apa sahaja!



KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : komesokmo

Sunday, March 3, 2013

Barisan Nasional sentiasa mendengar denyut nadi rakyat!!!





Sabtu 03/03/13

Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah bersama peniaga-peniaga di Tmn Desa Setapak yang mengadu permasaalahan mereka.

Pada masa yang sama PDM BN Tmn Desa Setapak yang di ketuai oleh Sdr Ghazali Hussin menganjurkan sesi taklimat pentingnya menjaga kebersihan oleh peniaga-peniaga yang di sampaikan oleh Kementerian Kesihatan.

Hari selasa depan peniaga-peniaga gerai makan ini akan di suntik yang khusus kpd pengendali-pengendali makanan.


***Psssttt. Pilihlah mereka yang sentiasa prihatin kpd anda! Pilihlah BN!


KOME SOKMO

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : komesokmo