Friday, August 22, 2014

SENARAI LOKASI PENGHANTARAN PERSEMADIAN JENAZAH MANGSA #MH17 #MomentOfSilent #Pray4MH17

PUTRAJAYA:
------------------------
1. Ahmad Hakimi Hanapi (L)- Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 2
2. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20
KUALA LUMPUR:
-------------------------------
1. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak.
2. Dora Shahila Kassim (P) - Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara.
3. Mabel Anthony Samy (P) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).
4. Paul Rajasingam / Sivagnanam (L) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).
SELANGOR:
---------------------
1. Foo Ming Lee (L) - Nirvana Memorial Park, Shah Alam.
2. Karamjit Singh Karnail Singh (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.
3. Ng Qing Zheng (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.
4. Angeline Premila Rajandaran (P) - Jenazah dihantar ke Bandar Bukit Tinggi 2, Klang.
NEGERI SEMBILAN:
----------------------------------
1. Mastura Mustafa (P) - Tanah Perkuburan Paroi, Negeri Sembilan.
2. Lee Hui Pin (P) - Taman Peringatan Nilai.
JOHOR:
-------------------
1. Elisabeth Ng Lyeti (P) - 14-21, Lorong Perkasa, Jalan Haji Jaib, Muar.
2. Mohd Ali Md Salim (L) - Tanah Perkuburan Kg.Raja, Muar.
3. Hasni Hardi Parlan (L) - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Segamat.
PERAK:
---------------
1. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun.
2. Chong Yee Pheng (P) - Paradise Memorial Park, Chemor.
3. Azrina Yakob (P) - Tanah Perkuburan Masjid AL Hidayah, Taiping
SARAWAK:
--------------------
1. Ariza Ghazalee (P) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.
2. Muhammad Afif Tambi (L) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.
Kome Sokmo
FB  : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Thursday, August 21, 2014

ISU KHALID IBRAHIM - Jangan Dilupa Nasib Rakyat Bandar Tun Razak

Ketika seluruh negara tertumpu pada nasib dan langkah yang akan dibuat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menangani kemelut kerusi Menteri Besar Selangor, saya ingin menyeru supaya nasib rakyat Bandar Tun Razak yang juga diwakili oleh Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dipinggirkan.

Perkara ini perlu dibangkitkan berikutan pemecatan Khalid Ibrahim sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat secara tidak langsung menyebabkan parlimen Bandar Tun Razak diwakili oleh wakil rakyat bebas.

Selama 6 tahun Bandar Tun Razak diwakili oleh Khalid Ibrahim atas lambang Parti Keadilan Rakyat dan dalam masa yang sama sebagai Menteri Besar Selangor beliau gagal untuk memberi perkhidmatan yang baik dan banyak masalah rakyat yang tidak mampu diselesaikannya.

Saya pasti apabila beliau berseorangan dan sebagai wakil rakyat bebas sudah tentu beliau tidak mampu untuk melakukan tugasan sebagai wakil rakyat dengan baik. Malah pejabat Ahli Parlimen hari ini juga dalam masa yang sama merupakan Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Bandar Tun Razak sentiasa tertutup rapat. Saya tidak berniat untuk mengambil kesempatan atas kepincangan yang berlaku tetapi lebih kepada melihat masalah dan masa depan yang bakal dihadapi oleh rakyat Bandar Tun Razak.

Justeru itu saya meminta dalam apa juga keputusan yang bakal diterima atau dibuat oleh Khalid Ibrahim beliau juga perlu mengambil kira secara serius nasib rakyat Bandar Tun Razak yang secara tidak langsung telah terheret dalam isu Menteri Besar Selangor.

Jangan dianiaya dan dihukum rakyat Bandar Tun Razak atas permasalahan dan kemelut politik dalaman Parti Keadilan Rakyat.

Khalid Ibrahim atau Parti Keadilan Rakyat perlu berlaku adil dan bertanggungjawab atas nasib rakyat Bandar Tun Razak.

DATUK RIZALMAN BIN DATO' MOKHTAR
Ketua Umno Bahagian
Bandar Tun Razak

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo

Wednesday, August 20, 2014

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN

KENYATAAN MEDIA
19 Ogos 2014

1. Kebelakangan ini banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi negara. Ia sekali gus menguji kepintaran pemimpin negara menangani pelbagai rintangan yang melibatkan isu-isu besar dari dalam dan luar negara yang tidak pernah dijangka akan menggusarkan banyak pihak.

2. Hari ini cabaran yang terpaksa dipikul Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak amat besar dan ianya diatasi dengan penuh berhati-hati agar hasil yang bakal diperolehi kelak tidak merugikan semua pihak.

3. Musibah kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 17 yang ditembak jatuh di Ukraine pasti merupakan dugaan besar bukan saja kepada Perdana Menteri bahkan ia turut dirasai sendiri oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Misteri kehilangan pesawat MH 370 juga sehingga kini tidak bertemu jawapannya sudah pasti membuatkan Perdana Menteri sendiri mencari pelbagai inisiatif bantuan seluruh dunia agar ianya ditemui.

4. Tak dinafikan cabaran Perdana Menteri ke 6 ini jauh lebih mencabar dengan pelbagai bentuk dugaan yang tidak terduga ditambah lagi dengan kemodenan komunikasi yang sukar dibendung dalam kepelbagaian bentuk penyebaran berita dan fitnah yang boleh mematikan semangat pemimpin ini meneruskan perjuangannya memartabatkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

5. Melihat akan kepentingan rakyat terutama ahli UMNO, banyak pembaharuan yang telah dijanakan oleh Dato' Sri Najib Tun Razak. Antaranya adalah memberi kuasa kepada lebih 3 juta ahli UMNO menentukan kepimpinan parti yang terbaik untuk diketengahkan dan secara tidak langsung telah memberi satu nilai tambah kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap UMNO terutamanya.

6. Ini adalah salah satu pembaharuan dalaman parti yang dibawa oleh Presiden UMNO dengan harapan UMNO lebih bersifat menyentuh nadi hati sanubari ahli. Bukan seperti sebelum ini, di mana hanya kuasa memilih diberikan kepada 2,500 Perwakilan dan terlalu banyak cerita politik wang yang dibangkitkan. Tindakan ke arah membersihkan persepsi bukanlah satu perkara yang dapat diselesaikan dengan cepat.

7.  Rakyat dapat menilai Perdana Menteri bertungkus lumus 'membaiki' kesilapan lalu yang menyebabkan orang Melayu cuba menjauhi parti Melayu ini terutamanya. Kesilapan lalu bukan terjadi dengan sendirinya tetapi terjadi akibat daripada kerja² tidak bertanggungjawab orang kita sendiri yang lupa akan kepentingan rakyat. Walaupun ianya tampak sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil jika ditangani secara perlahan-lahan akan membuahkan hasil yang baik.

7. Pembangunan dan perkembangan ekonomi negara membangun pesat saban tahun dan ia pastinya membanggakan rakyat Malaysia. Tetapi kepentingan rakyat yang tersepit di antara peningkatan kos sara hidup dan tempat tinggal telah menyebabkan pelbagai kepincangan tak terduga boleh berlaku. Mengambil kira keutamaan kepada rakyat, hari ini pelbagai bentuk dana dan bantuan kerajaan terus kepada golongan sasaran. Ditambah dengan rancangan projek perumahan mampu milik antaranya PR1MA, PPRT dan pelbagai lagi dibangunkan secara seimbang di dalam Kuala Lumpur dan bandar² lain seluruh negara.

8. Sekiranya mahu diceritakan di sini, terlalu banyak perkara sudah diperbaiki oleh YAB Presiden UMNO. Ada di antara rancangan kerajaan hari ini pasti tidak menampakkan hasil dalam tempoh terdekat tetapi mungkin mengambil tempoh jangkamasa 10 tahun akan datang.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo

Tuesday, August 19, 2014

Tun Dr Mahathir & Dato Seri Najib Razak terima maklumat yang tidak tepat.

Saya mengambil berat teguran Tun Dr Mahathir mantan Perdana Menteri ke atas Dato Seri Najib Tun Razak. Teguran terbuka yang dibuat hari ini melalui blog Che Det memanaskan suasana politik tanah air apatah lagi dengan kemelut isu perbalahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Saya melihat teguran oleh Tun Dr Mahathir ini adalah kerana salah maklumat yang beliau terima. Apa yang Tun Dr Mahathir nyatakan adalah satu kesilapan maklumat yang mana saya yakin ada pihak pihak yang tidak memaklumkan pekara sebenar kepada mantan Perdana Menteri itu. Begitu juga dengan apa yang berlaku pada pentadbiran Najib Razak yang mana beliau juga tidak menerima laporan yang benar dalam pentadbiran beliau, dan isu ini pada pendapat saya adalah satu masaalah "Perhubungan" yang serius dihadapi mantan PM Tun Dr Mahathir dan PM Dato Seri Najib Tun Razak ditambah pula dengan pihak ketiga yang sedang cuba melaga lagakan dua individu penting negara.

Kegilaan pihak pihak yang mahu mengeruhkan hubungan Tun Dr Mahathir & Dato Seri Najib Razak sudah acap kali berlaku yang mana banyak cerita cerita dari penglipur lara mengatakan Tun M dan Najib tidak sehaluan. Ini semuanya adalah satu perpsepsi yang dimainkan oleh musuh dari luar dan juga musuh dalam selimut dalam memastikan kerajaan BN yang ada hari ini menjadi lemah dan seterusnya menyalahkan Dato Seri Najib Tun Razak.

Saya memohon kepada mereka yang berada berdekatan dengan Tun Dr Mahathir menyampaikan pekara yang sebenar dan begitu juga dengan mereka yang berhampiran dengan Dato Seri Najib untuk menyampaikan pekara yang sebenar. Saya yakin jika kedua dua diberikan fakta dan cerita sebenar maka tidak ada permasaalahan yang timbul seperti mana yang berlaku hari ini.

Buat mereka yang mengadu domba dengan menyebarkan berita dan cerita yang tidak tepat kepada Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Najib Razak, saya mohon untuk tidak meneruskan propaganda jijik ini. Dalam keadaan senario politik hari ini seharusnya kita bersatu hati menyedarkan rakyat Malaysia akan kebaikan dan manfaat bersama kerajaan Barisan Nasional berbanding Pakatan Pembangkang.

Kemelut Pakatan Rakyat PAS, DAP dan PKR yang berbalah sesama mereka yang mahu menempatkan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa pakatan Pembangkang parti yang tidak ikhlas menjaga rakyat dan ini yang perlu kita maklumkan kepada rakyat agar mereka sedar pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional sama ada di waktu pentadbiran Tun Dr Mahathir mahupun Dato Seri Najib Razak mengutamakan Rakyat dan bukannya meletakkan keroni seperti mana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim meletakkan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor.

Tun Dr Mahathir perlu di berikan maklumat yang benar akan gerak kerja Dato Seri Najib Tun Razak manakala Dato Seri Najib Tun Razak pula harus diberikan cerita yang benar dari pegawai pegawai di PMO, pemimpin kerajaan, UMNO, BN dan rangkaian sahabat yang ada. Kita seharusnya terus merapatkan hubungan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan PM hari ini Dato Seri Najib Tun Razak dan bukannya menjadi agen kepada perpecahan mereka berdua ini.

Saya bercakap atas kapasiti sebagai ahli UMNO yang tidak mahu perpecahan berlaku diwaktu kita memerlukan perpaduan untuk terus mempertahankan Agama Bangsa dan Negara

-Wan Muhammad Azri
(AJK Bahagian UMNO Wangsa Maju)

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo

Tuesday, August 12, 2014

TPM : SOKONGAN BN TIDAK BERSYARAT KPD MB TS KHALID IBRAHIM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dari Barisan Nasional di Selangor kesemuanya menyokong Menteri Besar tanpa sebarang syarat.

Dengan kenyataan itu, dilihat telah wujud kerjasama tidak langsung antara parti PAS dan UMNO dalam usaha menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

"BN Selangor sokong status Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor tanpa syarat serta ikhlas," katanya.

Perkara ini jelas akan membuntukan lagi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menempatkan ADUN Kajang iaitu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Misi itu diburukkan lagi kerana Abdul Khalid kini bukan lagi Ahli PKR dan Anwar sudah pasti tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang arahan kepada beliau dalam soal kedudukan berkenaan.

Abdul Khalid pula mendapat sokongan jelas daripada 15 orang ADUN PAS dan juga 12 orang ADUN BN menjadi kerjasama tidak langsung ini kepada 28 sokongan kesemuanya bagi Abdul Khalid.

Selain itu, empat orang Exco Negeri dari PAS tetap komited untuk terus bekerjasama dengan Abdul Khalid dalam mentadbir negeri Selangor.

Jumlah empat orang itu sudah mencukupi bagi korum untuk diadakan Mesyuarat Exco dan Abdul Khalid boleh terus bertugas sebagai Menteri Besar.

Krisis politik di Selangor memperlihatkan ia mungkin akan selesai dan stabil semula dalam tempoh lebih lama tetapi ia menunjukkan kemungkinan kerjasama antara PAS dan UMNO akan berlaku tidak lama lagi.

Selain itu, perkembangan terbaru di Selangor mencipta sejarah baru apabila Abdul Khalid menjadi satu-satunya Menteri Besar yang mendapat perkenaan Sultan untuk meneruskan tugas dengan status ADUN bebas tanpa parti.

Ia adalah kerana pada Sabtu lepas, Lembaga Disiplin PKR telah bertindak memecat Abdul Khalid daripada menjadi ahli parti kerana ingkar arahan supaya berundur. – MYNEWSHUB.MY

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo

Tuesday, August 5, 2014

READ AND UNDERSTAND #SupportGaza #FreePalestine #ZionistRealTerrorist

After World war II when Hitler started
killing the Jews in Germany, they left Germany & went to search for a new home, Muslims in Palestine welcomed & helped them as JEWS & MUSLIMS are called as Cousins. So Palestine shared their land with them.

If you see the world Map before 1945, Israel didn't exist. From 1941 - 1948, in
the span of these 8 years, 259 Terrorist attacks were conducted by Jewish Terrorist via Many Organization like "IRGUN", "Stern Gang" and "Haganah". The most famous event was of King
David Hotel in Jerusalem on 22ND JULY 1946 which was done by "IRGUN", and which was headed by "Menachem Begin".

In this terrorist attack, a total of 91 Innocent people were killed ; 28 British, 45 Arabs, 17 Jews & 5 others. This Irgun Group dressed up like Muslims Arabs while doing this attack so that it looks like that Muslims have done these attacks. At this time "Menachem Begin" was
declared as the No. 1 Terrorist by British.

The Irgun believed that any means it is necessary to establish the Jewish State of Israel in Palestine. Later on, after a few years, when they got the power, they established their Jewish State Israel
in Palestine & "Menachem Begin" was made the prime minister of Israel, & after few years he also got the noble Prize for "PEACE".

Imagine, a person, who was responsible for killing so many people, getting a "NOBLE PRIZE". All the other Terrorist organization of Jews & their respective leaders became the Prime Ministers
& attained high ranks in the state of Israel.

Now, the Palestinians Muslims started fighting with these Jews for a just cause as they just want their land back, so the Jews stated the Palestinians are terrorists.

Just Imagine if a traveller comes to your house for a help, you help him, protect him, & after few days he kicked you out from your own house & has labelled you as a 'terrorrist' now. Hitler was the one who killed 6 Million jews in Germany &
kicked them from Germany, why did these Jews come to Palestine , they should have fought for their land in Germany, but instead, Palestinian Muslims welcomed them with open arms, & now they are kicking the SAME Palestinians out from their own home. Today Palestinians are
called as Terrorist for what? They just want their own land back. Kindly share this short history to everyone so that at least they know what is the  truth behind all these issues..ISRAEL, THE REAL TERRORISTS IN THE WORLD!

#SupportGaza
#FreePalestine
#ZionistRealTerrorist

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo

Sunday, August 3, 2014

TINDAKAN PERLU DIAMBIL TERHADAP KELVIN YIP!!! @najibrazak @razlanrafii @pdrm @khairykj

KENYATAAN MEDIA
2 Ogos 2014

Apa Istimewanya Kelvin Yip Berbanding Kiki & Ustaz Shahul?

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berbangsa Cina bernama Kelvin Yip di laman Facebook seperti nama yang sama secara terang-terangan telah menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.

Pergerakan Pemuda UMMO Wilayah Persekutuan (PPUWP) memandang serius perkara ini kerana telah semakin berleluasa dan terbukti sejak kebelakangan ini sebilangan orang Cina berjiwa Pembangkang telah semakin biadap tanpa menghiraukan sensitiviti agama lain terutama Islam di negara ini.

Lebih mengejutkan juga adalah tindakan pihak berkuasa yang nampaknya mengamalkan 'selective prosecution' apabila terdapat satu kes yang diklasifikasikan sebagai 'samseng jalanan' terhadap seorang wanita yang dituduh bernama Kiki.

Tanpa ada laporan Polis, beliau disiasat dan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan dikehendaki melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Siasatan, pendakwaan dan hukuman yang dijatuhkan sangat pantas.

Sama juga kes yang melibatkan Ustaz Shahul yang dikatakan membuat kenyataan berunsur perkauman & menghina masyarakat India. Begitu cepat beliau dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan.

Tetapi lebih menarik setelah 7 hari berlalu, tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap Kelvin Yip walaupun beberapa laporan Polis telah dibuat dan telah menjadi viral di laman sosial seperti popularnya Kiki.

Persoalannya mengapakah perkara ini terjadi?

PPUWP menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk memulakan siasatan dan mendakwa Kelvin Yip kerana telah menghina agama Islam dan mengganggu emosi umat Islam ketika sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Kadang-kadang kita pun keliru bagaimana pihak PDRM dan juga Jabatan Peguam Negara memantau isu-isu yang berlaku dalam negara. Ada di antara isu di ambil tindakan amat cepat dan pantas, ada yang tidak di ambil peduli walaupun ianya jelas melibatkan Penghinaan kepada Agama ataupun Bangsa.

Rata-rata rakyat peringkat bawahan mengadu pada saya dan rakan-rakan lain, kenapa pihak berkuasa begitu FOBIA berkenaan isu melibatkan orang Melayu terhadap orang Cina tetapi tidak ada langsung tergugat sekiranya orang Cina melakukan penghinaan kepada Islam mahupun orang Melayu.

Ramai yang beranggapan, kemungkinan kaum Cina akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tetapi kalau ianya berlaku kepada orang Melayu, kaum ini akan ambil mudah dari sudut undang-undang.

Pihak berkuasa seharusnya menjaga kepentingan undang-undang dan yang paling penting, menjaga keselamatan semua pihak tidak kira bangsa, agama mahupun pangkat.

Saya menggesa agar Peguam Negara memberikan penjelasan kepada kes-kes yang tertangguh melibatkan sensitiviti Bangsa dan Agama.

Sekiranya Peguam Negara gagal melaksanakan perkara ini, sudah masanya YAB Perdana Menteri mencari pengganti yang boleh menjaga kepentingan rakyat dan keharmonian negara dengan lebih baik.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo

Friday, August 1, 2014

KDN Nafi Dakwaan Malaysia Tempat Latihan Hamas.

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan sebuah portal berita Israel kononnya Malaysia adalah tempat latihan untuk pejuang Hamas di Palestin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Malaysia tidak pernah menganjur sebarang latihan ketenteraan untuk mana-mana pihak selain dari negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal.

"KDN tidak pernah melatih mana-mana pejuang dari Hamas secara sulit melainkan ada program latihan di kalangan negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal dengan kita," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata laporan yang tidak berasas itu mempunyai niat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia.

Sebuah akhbar dalam talian The Jerusalem Post semalam memetik kononnya seorang anggota Hamas Cell mengakui Malaysia adalah tempat latihan menyeludup dan membuat serangan sempadan negara dengan menggunakan payung terjun.

Laporan itu juga memetik kononnya anggota Hamas terbabit memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka turut dilatih mengenai cara menculik anggota tentera dan ia adalah sebahagian persiapan Hamas untuk menentang serangan darat pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza.

Wan Junaidi berkata berita tidak sahih itu disifatkan sebagai satu dakyah jahat Shin Bet ekoran Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel di Gaza.

***info UMNO Online

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo