Deepak Jaikishan Si Kitul Zaman Moden
1) Deepak seorang penipu dan tidak amanah.
a) Deepak menipu bank. Deepak Jaikishan, 40 tahun, adalah seorang ahli perniagaan yang bermasalah. Masih berhadapan dengan kes mahkamah bila didakwa menipu RM170 juta dengan Kuwait Finance House (KFH). Deepak juga gagal membayar ansuran bulanan pinjaman bank.
b) Deepak bersubahat dengan pegawai bank untuk tipu pinjaman bank. Deepak didakwa berkomplot dengan pegawai tertinggi Kuwait Finance House untuk menipu pihak bank bagi meluluskan pinjaman RM170 juta. Bila konspirasi tersebut terbongkar maka KFH telah mengambil tindakan dengan memindahkan pegawai bank terbabit dan membekukan baki pinjaman yang dipohon oleh Deepak.
c) Deepak tidak amanah pada syarikat keluarga. Syarikat karpet milik Deepak adalah Carpet Raya Sdn Bhd. Deepak mengambil alih perniagaan bapanya yang beralamat diNo. 245, Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras. Menggunakan profil syarikat milik keluarga sendiri untuk menipu pihak bank dan tidak amanah uruskan dana syarikat.
d) Deepak membesarkan cerita hubungan dengan Datin Seri Rosmah. Datin Seri Rosmah Mansor hanya mengenali Deepak atas dasar pembeli dan peniaga. Namun setelah terperangkap dengan kes hutang, Deepak cuba membesarkan cerita bahawa kononnya beliau punyai hubungan yang rapat dengan Datin Seri Rosmah.
Ravi Dharan adalah operator Anwar Ibrahim di Indonesia.
2) Deepak diarah oleh Anwar Ibrahim untuk buat cerita propaganda.
a) Deepak jumpa Anwar di rumah Ravi. Deepak tersepit dengan kes mahkamah dan hutang bernilai jutaan ringgit. Oleh itu, Deepak mulai berjumpa dengan Anwar Ibrahim atas bantuan Datuk Ravi Dharan (Chairman Daya Group Of Companies). Datuk Ravi Dharan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Deepak bila anak lelaki Ravi Dharan bertunang dengan sepupu isteri Deepak.
b) Ravi funder Anwar Ibrahim. Datuk Ravi Dharan pelobi & funder Anwar Ibrahim sejak Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan lagi. Ravi Dharan, 59 tahun, mendapat projek arang batu di Kalimantan. Ravi Dharan tersepit bila Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ketika 16 September 2008, Ravi Dharan adalah antara pelobi untuk berhubung dengan beberapa orang ahli parlimen bagi tujuan lompat parti. Malah ibu pejabat PKR yang pertama di Phileo Damansara (sehingga 2002) turut dibiayai oleh Ravi secara bulanan.
c) Anwar bayar Deepak melalui Ravi? Ravi Dharan sekarang memainkan peranan sama seperti Nallakarupan suatu ketika dahulu. Tidak mustahil Anwar Ibrahim membayar Deepak dengan sejumlah wang bagi melakukan propaganda untuk terus memburukan Datin Seri Rosmah dan Dato Seri Najib Razak.
d) Anwar hantar Sivarasa sebagai peguam Deepak. Selepas berjumpa dengan Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah diarahkan membantu Deepak untuk menyelesaikan kesnya dengan Awan Megah (M) Sdn Bhd. Deepak menyaman Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah (Ketua Wanita Umno Selangor) dan syarikatnya, Awan Megah Sdn Bhd kerana dakwaan menipu dalam pembelian tanah seluas 223.33 ekar di Bukit Raja. Malaysiakini mula mulai memainkan peranan sebagai "hakim" dalam kes Awan Megah Sdn Bhd biarpun dianya masih dibawah siasatan mahkamah.
e) Deepak beri kenyataan seperti yang disuruh oleh Anwar. Deepak mula membuat kenyataan secara terbuka mengikut skrip propaganda yang sudah dikarang oleh Anwar Ibrahim pada 27 November 2012 untuk memburukkan Datin Seri Rosmah. Deepak ke pejabat Harakahdaily untuk membacakan skrip yang sudah pun dirancang awal.
Analisa Deepak :
1) Deepak memang seorang yang tidak boleh dipercayai. Menipu dan suka mengaitkan sesiapa sahaja sebagai rapat dalam hidupnya biarpun yang membeli karpet itu adalah seorang makcik daripada Permatang Pauh.
2) Deepak ada rekod menipu. Deepak sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya daripada krisis hutang dengan bank.
3) Deepak sudah digunakan untuk tujuan politik Anwar Ibrahim. Selepas ini Deepak akan digunakan sebagai puppet untuk Anwar Ibrahim terus menikam bertubi tubi Dato Seri Najib dengan tuduhan yang palsu, karut dan sengaja direka reka bagi tujuan propaganda murahan politik.
4) Anwar Ibrahim memang suka mengambil orang orang yang karut seperti Nick Xenophone (Senator Gay), Dr Pronthip (Juru Bedah yang ada rekod menipu di Thailand) dan Deepak (Ahli Perniagaan Korup) untuk dijadikan sebagai ikon politiknya.
5) Rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya, Deepak adalah sebahagian daripada askar upahan Anwar Ibrahim untuk porak perandakan negara. Umpama Kitul pada zaman Melaka.
Sememangnya elok direnung kembali sejarah Si Kitul yang direkodkan dalam Sejarah Melayu Melaka, sekarang Si Kitul menjelma dalam cara lain. Jelmaannya adalah Deepak.
Rasuah, nafsu, fitnah, dendam kesumat yang melanda pemerintahan Melaka pada ketika itu dengan watak utamanya dimainkan oleh Si Kitul akhirnya membawa kehancuran kepada kerajaan Melaka.
Inilah barah yang melapah kekuatan mana-mana masyarakat dan negara. Bukan sekadar negara kota seperti Melaka hancur berderai, bahkan empayar raksasa pun bisa roboh.
Menurut kata Sahibul Hikayat, pengarang Sejarah Melayu, Raja Mendeliar merupakan orang terkaya di Melaka dan beliau berbalah dengan Nina Sura Dewana iaitu penghulu segala saudagar Melaka.
Namun kerana peranan Si Kitul, akhirnya Raja Mendeliar percaya bahawa Nina Sura Dewana telah berpakat dengan bendahara untuk membunuh beliau. Apabila Raja Mendeliar mendengar cerita Si Kitul, maka beliau mengambil surat hutang Kitul dan mengoyakkannya dan berkata yang hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat.
Akibat hasutan dan fitnah Si Kitul, Raja Mendeliar memberikan hadiah emas kepada laksamana dan meminta laksamana menyampaikan kepada sultan bahawa bendahara cuba untuk menderhaka.
Sultan, apabila disembahkan oleh laksamana mengenai penderhakaan bendahara terus membuat keputusan tanpa usul periksa dengan membunuh bendahara dan keluarganya kecuali Tun Fatimah.
Moral cerita berkenaan cukup jelas. Jangan percaya dengan Si Kitul zaman moden. Kerana tersepit dengan hutang Kitul sanggup porak perandakan negara.
No comments:
Post a Comment