KUALA LUMPUR 24 Okt. — Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata, masyarakat India di negara ini akan menyambut Hari Deepavali dengan jaminan bahawa kerajaan akan mendengar dan terus membantu masyarakat itu menerusi proses transformasi negara.
Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak perihatin dengan menyokong dan menampung permintaan masyarakat itu.
"Sehingga ini kerajaan telah menghulurkan banyak bantuan melalui pelbagai program dan yakin masyarakat India berada di landasan yang betul ke arah mencapai kemakmuran.
"Masyarakat India akan terus menikmati kemajuan sekiranya mereka bersatupadu,” katanya dalam perutusan Deepavali hari ini.
Deepavali, yang dianggap sebagai pesta cahaya, akan disambut Rabu ini.
Palanivel berkata, keharmonian di kalangan penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini perlu dipertahankan dan mengelak daripada menimbulkan isu-isu yang dianggap sensitif. — Bernama
Jgn main kayu tiga dah ane... Itu bahaya
ReplyDelete