Wednesday, March 18, 2015

KU LI PERLU TAHU 5 SEBAB MENGAPA GST LEBIH BAIK UNTUK RAKYAT

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pada hari ini telah memohon untuk menangguhkan pelaksanaan GST. Dengan pelbagai program yang telah dijalankan untuk menerangkan kebaikan pelaksanaan GST, barangkali Ku Li terlepas pandang akan kebaikan yang GST akan bawa, terutamanya kepada rakyat yang mana beliau sendiri telah nyatakan di dalam ucapan beliau “bersumpah untuk menegakkan perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia” dan “menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi”

Baca lanjut di: http://klxpress.com.my/?p=22559

Assalamualaikumm. Sebagai pengguna kita mesti tahu bahawa apabila GST dilaksana pada 1 April nanti, akan berlaku peningkatan, setara dan penurunan harga barangan. Bagaimana nak check?

Boleh check di Buku Panduan Pengguna (Users Guide) untuk GST di laman web berikut.


Sebarkan yaa!.

http://ebook.kpdnkk.gov.my

SUMBER : LOKMAN NOOR ADAM

1 comment:

  1. Assalamuallaikum semua....

    Saya cukup bersetuju dengan cadangan YB Tengku.

    GST masih dalam kesamaran tentang tujuan sebenar. Oleh itu mesti ditangguhkan atau dimansuhkan.

    Buat masa ini kita sentiasa dimomok-momokkan dengan GST itu membantu rakyat yg kononnya akan mengurangkan pembelanjaan dan memfocuskan kepada needs. Yang paling 'tragis' lagi, GST dikata sebagai penambah baik atau penstrukturan tax.

    Tapi setakat dlm bulan ini, surat2 pemberitahuan dari syarikat berbentuk service sudah diterima mengatakan pembayaran BERTAMBAH sebanyak 6%. Antaranya IWK, health insurance, motor vehical insurance dan sebagainya.

    PERSOALANNYA:
    1) Kenapa TAMBAH? Adakah selama ini syarikat tersebut TIDAK membayar tax kepada kerajaan?
    2) Adakah ini merupakan 'loop hole' untuk Syarikat mengaut keuntungan atau 'instant profit'?
    3) Dimana yg dikatakan 'membantu rakyat'?
    4) Sebab GST pon masih samar... takkan disebabkan negara lain gunakan GST, kita pon nak ikut tanpa usul periksa?
    5) Adakah ini cara yg halus untuk MEROMPAK rakyat?

    Sesungguhnya Allah Maha berkuasa dan doa orang yang disakiti itu makbul.

    ReplyDelete