Thursday, April 24, 2014

Anugerah Pelajar Cemerlang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan tahun 2014.

Sidang Media Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Assalamualaikum W.B.T

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan tahun ini, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan menganugerahkan seramai 500 anak-anak Wilayah Persekutuan yang telah mendapat keputusan cemerlang untuk tahun ini.

Para penerima Anugerah akan menerima Sijil penghargaan dan juga Sijil Simpanan Primium BSN. SSP sebanyak RM100 untuk UPSR, RM150 untuk PMR, RM200 untuk SPM dan RM250 untuk STPM.

Program ini akan dijadikan program Tahunan bagi Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bersama Yayasan Wilayah Persekutuan. Program ini adalah sebagai perghormatan dan penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus dalam menimba ilmu untuk pembangunan dan kecermelangan Negara. Sebagai aset Negara pada masa hadapan, anak-anak ini harus memberi tunjuk ajar dan penghargaan kepada mereka.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah untuk tahun ini, sesungguhnya kejayaan yang di capai oleh adik-adik adalah satu kejayaan yang cukup manis.

Adik-adik harus merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga tanda bersyukur adik-adik kepada pengorbanan yang telah di curahkan kepada adik-adik sehingga berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Ucapan terima kasih juga harus di berikan kepada Para pendidik, guru-guru yang telah bertungkus lumus bekerja bagi memastikan adik-adik mencapai kepusan cemerlang.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Program telah disempurnakan oleh YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan

***Sumber dari TaipanMaster & Rezqeen

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo
Instagram : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Thursday, April 17, 2014

PENGHULU DAN PENYOKONG PAS AMBIL DUA KALI BR1M 3.0 ???? #BR1M #pas


TUMPAT, 16 April – Seorang penghulu dan seorang penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu di sini telah mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 sebanyak dua kali, tetapi memulangkannya setelah digertak dengan laporan polis.

Pentadbir Mukim DUN Wakaf Bharu, Rosli Abdul Ghani, berkata berdasarkan maklumat sebuah bank penghulu berusia 52 tahun yang juga bilal sebuah masjid dan penyokong PAS berusia 41 tahun itu telah menunaikan baucar bernilai RM650 masing-masing yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 1 April lepas.

"Bagaimanapun mereka hadir sekali lagi pada majlis penyerahan BR1M 3.0 yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Pengkalan Kubor pada 14 April lalu, apabila wang BR1M sebanyak RM650 diberikan secara tunai kepada setiap penerima," kata Rosli kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya melalui pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan telah memaklumkan kepada semua penerima yang layak, bahawa mereka yang telah menerima BR1M 3.0 tidak harus mengambilnya untuk kali kedua.

"Sebelum kami beri surat untuk penerima menghadiri majlis berkenaan, kami telah beritahu sekiranya sudah terima wang BR1M 3.0 jangan pergi ambil kali kedua.

"(Bagaimanapun) pada 15 April, pihak bank telah menghubungi saya memaklumkan terdapat dua penerima yang mengambil wang pada majlis 14 April telah pun menerima wang di sebuah bank lain sebelum ini," kata Rosli.

Beliau mendesak kedua-dua mereka agar mengembalikan wang itu dan sekiranya mereka enggan, beliau akan membuat laporan polis.

"Pada pagi ini penghulu dan penyokong Pas itu telah memulangkan semula wang BR1M berkenaan kepada pihak bank," katanya.

Rosli menasihati semua penerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan itu agar mengambilnya secara jujur kerana BR1M diperuntukkan kerajaan bagi meringankan beban hidup golongan berpendapatan rendah.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lalu, isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima bantuan BR1M sebanyak RM650 sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

***sumber UMNO-Online

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo