Thursday, April 24, 2014

Anugerah Pelajar Cemerlang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan tahun 2014.

Sidang Media Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Assalamualaikum W.B.T

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan tahun ini, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan menganugerahkan seramai 500 anak-anak Wilayah Persekutuan yang telah mendapat keputusan cemerlang untuk tahun ini.

Para penerima Anugerah akan menerima Sijil penghargaan dan juga Sijil Simpanan Primium BSN. SSP sebanyak RM100 untuk UPSR, RM150 untuk PMR, RM200 untuk SPM dan RM250 untuk STPM.

Program ini akan dijadikan program Tahunan bagi Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bersama Yayasan Wilayah Persekutuan. Program ini adalah sebagai perghormatan dan penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus dalam menimba ilmu untuk pembangunan dan kecermelangan Negara. Sebagai aset Negara pada masa hadapan, anak-anak ini harus memberi tunjuk ajar dan penghargaan kepada mereka.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah untuk tahun ini, sesungguhnya kejayaan yang di capai oleh adik-adik adalah satu kejayaan yang cukup manis.

Adik-adik harus merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga tanda bersyukur adik-adik kepada pengorbanan yang telah di curahkan kepada adik-adik sehingga berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Ucapan terima kasih juga harus di berikan kepada Para pendidik, guru-guru yang telah bertungkus lumus bekerja bagi memastikan adik-adik mencapai kepusan cemerlang.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Program telah disempurnakan oleh YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan

***Sumber dari TaipanMaster & Rezqeen

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo
Instagram : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Thursday, April 17, 2014

PENGHULU DAN PENYOKONG PAS AMBIL DUA KALI BR1M 3.0 ???? #BR1M #pas


TUMPAT, 16 April – Seorang penghulu dan seorang penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu di sini telah mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 sebanyak dua kali, tetapi memulangkannya setelah digertak dengan laporan polis.

Pentadbir Mukim DUN Wakaf Bharu, Rosli Abdul Ghani, berkata berdasarkan maklumat sebuah bank penghulu berusia 52 tahun yang juga bilal sebuah masjid dan penyokong PAS berusia 41 tahun itu telah menunaikan baucar bernilai RM650 masing-masing yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 1 April lepas.

"Bagaimanapun mereka hadir sekali lagi pada majlis penyerahan BR1M 3.0 yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Pengkalan Kubor pada 14 April lalu, apabila wang BR1M sebanyak RM650 diberikan secara tunai kepada setiap penerima," kata Rosli kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya melalui pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan telah memaklumkan kepada semua penerima yang layak, bahawa mereka yang telah menerima BR1M 3.0 tidak harus mengambilnya untuk kali kedua.

"Sebelum kami beri surat untuk penerima menghadiri majlis berkenaan, kami telah beritahu sekiranya sudah terima wang BR1M 3.0 jangan pergi ambil kali kedua.

"(Bagaimanapun) pada 15 April, pihak bank telah menghubungi saya memaklumkan terdapat dua penerima yang mengambil wang pada majlis 14 April telah pun menerima wang di sebuah bank lain sebelum ini," kata Rosli.

Beliau mendesak kedua-dua mereka agar mengembalikan wang itu dan sekiranya mereka enggan, beliau akan membuat laporan polis.

"Pada pagi ini penghulu dan penyokong Pas itu telah memulangkan semula wang BR1M berkenaan kepada pihak bank," katanya.

Rosli menasihati semua penerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan itu agar mengambilnya secara jujur kerana BR1M diperuntukkan kerajaan bagi meringankan beban hidup golongan berpendapatan rendah.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lalu, isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima bantuan BR1M sebanyak RM650 sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

***sumber UMNO-Online

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo

Saturday, January 4, 2014

ISU KALIMAH ALLAH. #DAP LEPAS TANGAN. #PAS BERCANGGAH PENDAPAT. #UMNO KONSISTEN PERTAHAN KALIMAH ALLAH @najibrazak @khairykj @azwanbro @razlanrafii @jamawijaafar @rezqeenhill @MuhyiddinYassin @taipanmaster @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @kabir_akram @brozam @ibn_firnas

Pas ada berapa puak? Puak syiah? Puak Sunni?

Isu-isu pokok dan penting pun tidak sependapat. Janganlah di sebabkan kepentingam kantung politik Pas sanggup melacurkan Islam!

Tak payahlah nak rumitkan keadaan dan memutar belitkan isu memeningkan rakyat. Jangan buat rakyat terpesong dengan pandapat dan pandangan politik kolot mereka. Isu Agama Islam adalah isu wajib d pertahankan bersama-sama saudara seislam. Jauhkanlah ideology politik masing-masing.

Ayuh kita seiya sekata sederap mempertahankan Agama Islam kita!

Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo

Friday, January 3, 2014

#Cina Tak Kasi #Melayu Mengandung Duduk! Zalimnya! @najibrazak @khairykj @azwanbro @razlanrafii

Beginikah budaya yang Cina amalkan? Mana budaya ketimuran? Mana budaya Malaysia?

Kalau ini lah sikap yang diajar dan dididik ianya amat-amat bahaya kepada perpaduan Negara!

Sampai bila harus Melayu sahaja mengalah?

Ketaksuban kpd kekayaan dan bertuhankan duit mereka semakin selfish!

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo

Jambu Terbaru ANUwar! Biaq Betoi? @papagomo @khairykj @azwanbro @najibrazak @razlanrafii @umbkl @ibn_firnas

Manja sungguh kata2 mu. Ni kome nak tanya betoi ka ni? Mesti ada yg sakit hati. Lepas ni adalah yang merajuk......

Lepas tu lak adalah episod bongkar membongkar cerita2 lama.

Ini semua salah UMNO! Ini konspirasi BN!

MACAM BIASALAH SKRIP LAMA....

Kome Sokmo

FB  : Kome Sokmo

Twitter : @komesokmo

Thursday, January 2, 2014

Kebiadaban Paderi Lawrence Andrew Di Selar Oleh Sdr @razlanrafii Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan @najibrazak @khairykj @azwanbro @Zahid_Hamidi



2 Januari 2014

Kebiadapan seorang Paderi Lawrence Andrew yang masih berkeras mahu meneruskan agenda jahat beliau untuk menggunakan kalimah Allah benar-benar sudah melampaui batas dan mencabar undang-undang negara.
Keangkuhan Paderi ini secara jelas dan nyata telah melanggar Enakmen 1988 yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah Allah. Enakmen yang diluluskan pada 1988 ini telah melarang orang bukan Muslim di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "Insya'Allah".
Namun adakah ia terkandung sama di dalam undang-undang negara yang baru ini mampu untuk menahan dan mendakwa beliau kerana memiliki bahan cetak yang dilarang?
Ini merupakan antara cabaran yang dihadapai kerajaan dan masyarakat Islam Malaysia. Bagi seseorang yang berfikiran liberal pastinya tidak akan dapat menerima sekatan sedemikian. Liberal bermakna 'boleh menerima teguran, cadangan, kritikan dan juga boleh sebaliknya'.
Namun bagi sebuah negara seperti Malaysia, undang-undang kita menghalang dari agama lain untuk disebarkan dikalangan orang Islam tetapi dalam masa yang sama undang-undang tidak menghalang kegiatan dan amalan agama lain.
Perkataan Melayu itu jika dirujuk dalam kamus dewan bahasa membawa maksud beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Oleh itu, tidak ada keperluan untuk bible ditulis dalam bahasa Melayu kecuali paderi ini mahu menyebarkan agama Kristolian di kalangan orang Islam. Sudah ada bukti bahan cetakan berkenaan yang ada kena mengena dengan Kristian dicetak dalam bahasa Melayu. Diedarkan pula di kawasan perumahan awam, kawasan parkir kenderaan secara terbuka di sekitar parlimen Seputeh dan sekitar Kuala Lumpur.
Penganut Kristian kena faham dan jelas dengan isu ini. Seperti dipersetujui semasa awal penubuhan negara Malaysia, setiap rakyat terutamanya bukan Islam seharusnya sudab memahami kontrak sosial yang mana rakyat boleh mengamalkan agama mereka secara bebas tetapi dilarang menyebarkan fahaman agama mereka di kalangan orang Islam.
Saya amat berharap pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mengambil langkah-langkah tertentu dan berkesan bagi menyekat kegiatan mereka yang dianggap melampaui batas dan sikap keras kepala tidak mahu memahami undng-undang negara.
Sekian.
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


Kome Sokmo

FB : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo