Friday, December 20, 2013

Sdr @razlanrafii KP UMNO Wilayah Persekutuan Menyelar Wee Ka Siong Yg Bersikap Populis. @najibrazak @muhyiddinyassin @zahid_hamidi @hishamuddinH2O @khairikj @azwanbro

19 Disember 2013

KENYATAAN MEDIA
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Respon Balas Kenyataan Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong

"Berhenti daripada menakut-nakutkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO mengancam kedudukan kaum lain di Malaysia. Kenyataan populis sebegini tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin MCA."

Kenyataan balas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii ini merujuk kepada ucapan oleh Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong semasa berucap pada Kongres Pemuda MCA hari ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan UMNO (pemimpin UMNO) dan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional (BN) supaya berhati-hati semasa mengeluarkan ucapan atau idea yang boleh menyebabkan sokongan pengundi-pengundi Cina hilang pada Pilihanraya Umum nanti.

Mohd Razlan mengingatkan juga Wee Ka Siong supaya mempelajari ilmu politik yang matang daripada termakan rentak tarian politik seperti DAP.

"Pemuda MCA harus melihat apa yang telah UMNO lakukan selama ini dengan memperjuangkan nasib semua kaum. Tiada satu pun nasib kaum di Malaysia ini yang tersisih daripada pandangan mata UMNO. Hasil ambil peduli UMNO selepas Merdeka sehingga hari ini, banyak kaum bukan Melayu telah mendapat manfaat daripada perjuangan UMNO sehingga melahirkan pelbagai orang bergelar jutawan."

"Tambahan pula MCA sendiri perlu keluar daripada kepompong syok sendiri dan zon selesa," katanya.

Beliau terkilan apabila hari ini MCA seakan-akan cuba mencari populariti daripada prestasi merosot BN pada PRU 13 yang lepas sedangkan umum mengetahui UMNO berjaya menambah banyak kerusi berbanding PRU 12 pada 2008.

"MCA wajib bermuhasabah diri dan berhenti melihat UMNO sebagai ancaman kepada kaum lain." 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Kome Sokmo

FB        : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo

Wednesday, December 18, 2013

#Tol Naik Di Selangor!!! Kerajaan Selangor Yg Di Kuasai Oleh Cina DAP Pemegang Saham Konsesi Tol Selangor. @najibrazak @khairykj @umbkl @umnoonline

Tol naik hanya melibatkan konsesi tol yang berada hanya dalam bumi Selangor yang mana di miliki konsesi konsesi tol ini oleh kerajaan negeri melalui perolehan royalty yang akhirnya masuk ke kantung poket kerajaan negeri Selangor melalui penguasaan parti bangsa cina pendatang DAP.

PLUS Utara Selatan dah pun keluarkan kenyataan tak terlibat dengan kenaikan dalam bumi selangor walaupun jalurnya PLUS ni ada melalui sebahagian besarnya dalam bumi Selangor.

Maknanya bukan semua tol terlibat melainkan HANYA TOL DALAM BUMI SELANGOR YG DI KUASAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

Jadi inilah masanya peluang Pakatan Rakyat membuktikan pada rakyat yang jika mereka memang kalau ingin membela nasib rakyat maka eloklah kerajaan negeri Dap Selangor MENYERAP ABSORB kenaikan ini melalui cara membayar pampasan kepada konsesi konsesi ini agar pengguna dapat lagi menikmati harga lama dan tidak perlu bayar toll pada kadar baru. Ini cuma cadangan kami.

Kalau betul betul ikhlas seperti mana yang Rafizi Ramli selalu cakap dalam parlimen..'BUAT KEPUTUSAN DEMI RAKYAT'.

Inilah masanya kami kata LET'S SEE SAMADA PAKATAN RAKYAT WALK THE TALK.

Boleh gitew.....?

Berikut di bawah adalah senarai tol tol yang terlibat dengan kenaikan dan TIADA LANGSUNG TOL TOL NEGERI LAIN TERLIBAT TERMASUK PLUS. Semuanya dalam bumi Selangor.

Only In Selangor.

LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50

PANTAI RM1.50 TO RM2.50

  RM1.00 TO RM1.50

KIARA RM2.00 TO RM3.00

LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00

So walk the talk ok Pakatan?? Kami tunggu respon.

Sunday, December 15, 2013

DS @najibrazak Cadang Dua Cara Tingkat Perjuangan Bagi Keamanan Dan Kestabilan

TOKYO, 14 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mencadangkan dua cara bagi usahasama strategik Asean Jepun untuk meningkatkan perjuangan bagi keamanan dan kestabilan di rantau ini dan ia termasuk usaha memperkukuh pendekatan berasaskan peraturan bagi menguruskan hubungan antara negara di rantau ini.Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun sempena ulang tahun ke-40 hubungan Dialog Asean-Jepun di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata pengukuhan peraturan dan norma akan membolehkan ketelusan dan ramalan yang dapat menggalakkan kepercayaan strategik.Najib mengemukakan cadangan itu serta perkara-perkara penting lain dalam intervensi beliau pada sidang kemuncak itu yang dihadiri Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan pemimpin-pemimpin lain Asean."Saya menyentuh mengenai kepentingan pembinaan institusi untuk memperkukuhkan Asean…anda perlu perkukuh ini…berasaskan peraturan dan ini termasuk peraturan undang-undang…ini perlu menjadi asas dalam penyelesaian masalah dalam Asean," kata Najib, yang berada di sini sejak Khamis bagi lawatan kerja sempena sidang kemuncak sehari itu.

Najib berkata beliau turut mencadangkan agar usahasama antara Asean dan Jepun perlu diperluaskan lagi daripada sekadar membabitkan perkara kepentingan bersama."Saya menyentuh mengenai perlunya untuk kita melihat kepada nilai-nilai bersama, bukan hanya kepentingan bersama," katanya.Najib berkata untuk berbuat demikian, mereka perlu terlebih dahulu mengenal pasti nilai-nilai berkenaan, dan menurutnya beliau percaya kesederhanaan adalah satu daripada contoh nilai itu.Perdana Menteri Malaysia berkata beliau juga menyentuh mengenai Doktrin Fukuda dengan beliau mengimbas semula sejarah doktrin itu."Hakikat kerajaan Jepun berikutnya terus komited dengan komitmen dibuat oleh Fukuda pada ketika orang tidak dapat membayangkan bahawa Asean akan muncul sebagai satu kuasa seperti hari ini…hari ini Jepun merupakan rakan dialog pertama dan banyak menyumbang kepada pertumbuhan Asean. Itu sendiri amat penting," katanya.Doktrin Fukuda, berasaskan ikrar dibuat Perdana Menteri Jepun ketika itu Takeo Fukuda, telah menjadi kerangka rasmi dasar luar Jepun terhadap Asia Tenggara sejak 1977.Dalam ikrarnya kepada pemimpin dan rakyat Asean pada Ogos 1977 di Manila, beliau antara lain mengikrarkan bahawa Jepun akan sentiasa menjadi rakan kongsi baik Asean, berjalan seiringan dengan perkumpulan serantau itu dan rantau ini.Najib berkata beliau turut menyentuh mengenai rancangan Jepun untuk menjadikan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) sebagai hab pendidikan teknologi bagi Asean serta tawaran Jepun untuk memberi biasiswa kepada pelajar Asean. – MediaUMNO

Friday, December 13, 2013

Petronas Di Jajah! Agenda Memperkasakan Melayu Di Abaikan. Di Harap PM DS @najibrazak Memantau Hala Tuju GLC Ini Yang Sudah Terpesong! DS Reezal Merican Ahli Parlimen Kepala Batas Bersama Penduduk Membantah Petronas Bertam Kepala Batas Yang Mahu Menukar Kepada Bahasa Cina.

Kome merasa sedih apabila melihat makin lama semakin Melayu terus terusan di tindas.

Pengeluar amat-amat berkuasa hinggakan majoriti kuasa pembeli (Melayu) seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa.

Kerajaan juga seolah-olah tidak mampu membela orang Melayu.

Kebanyakannya berpunca dari orang Melayu sendiri yang tidak mempercayai bangsanya sendiri.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin melayu juga telah di gula-gulakan tanpa mereka sedari bahawa bangsanya sendiri pelahan lahan di kuasai hinggakan anak cucunya merempat di tanah sendiri.

Menang sorak kampung tergadai!

Buatlah sesuatu wahai orang-orang Melayu! Ingat!!! Orang Melayu bumiputera merangkumi 67% penduduk Malaysia!

Bersatulah...........

Pinggirkan pemimpin yang tamakkan kuasa hinggakan Agamanya, Bangsanya, Negaranya di pertaruhkan.

Friday, December 6, 2013

#Kemalangan Di Susur Keluar Port Dickson Membabitkan Kereta Mewah!

061213

Kemalangan di susur keluar highway Port Dickson membabitkan 3 buah kereta mewah.

Di fahamkan kemalangan berlaku pagi tadi. Kereta-kereta tersebut bernombor pendaftaran Singapura.

Kome Sokmo

Facebook : Kome Sokmo
Twitter : @komesokmo